PRN Sabah: Perlunya Ada Penyatuan Kuat BN Dan PN Demi Pastikan Kemenangan

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meyakini bahawa perlunya ada penyatuan yang kuat antara BN dan Perikatan Nasional (PN) demi memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Jelasnya, kejayaan BN dan PN pada PRN ini boleh membawa mercu kejayaan yang gemilang untuk negeri yang tercinta ini.

“Selaku Pengerusi BN Negeri saya telah arahkan kesemua bahagian memberikan kerjasama sepenuhnya untuk calon BN dan PN pada PRN ini,” katanya dalam satu kenyataan yang menegaskan ucapan beliau terdahulu tidak mencerminkan pendirian BN terhadap Bersatu Sabah.

Tegasnya yang juga Ahli Parlimen Kinabantangan, petikan ucapan itu hanya sebahagian sedutan ucapan baru-baru ini di Kimanis dan bukan ucapan penuh yang tidak menggambarkan ucapan sebenar.

“Tidak ada niat untuk meyinggung dan memperlekeh Bersatu Sabah di atas ucapan sewaktu perjumpaan bersama UMNO Bahagian Kimanis.

“Sekiranya terdapat kesangsian dikalangan pemimpin dan ahli ahli Bersatu saya ingin mohon maaf jika ucapan di salah erti,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.