Mesyuarat UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda, Puteri UMNO Tangguh 27 Sept – 15 Nov   

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO ditangguhkan ke 27 September hingga 15 November 2020.

Katanya, penangguhan ini dibuat berikutan Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) yang akan diadakan pada 12 September hingga 26 September 2020.

Berikut dilampirkan surat makluman berkaitan:

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN, WANITA UMNO, PERGERAKAN PEMUDA DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita UMNO, Pergerakan Pernuda dan Pergerakan Puteri UMNO DITANGGUHKAN ke 27 September hingga 15 November 2020.

3. Penangguhan ini dibuat berikutan Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) yang akan diadakan pada 12 September hingga 26 September 2020.

4. Bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), berikut merupakan garis panduan yang perlu diambil perhatian dan tindakan selanjutnya.

4.1. Mengikut Peraturan Persidangan UMNO Perkara 1 1.I dimaklumkan cukup bilang untuk Mesyuarat UMNO Bahagian adalah satu perempat (l /4) daripada jumlah keseluruhan perwakilan yang berhak hadir.

4.I.1 Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian
Adalah disarankan bahawa Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian terdiri daripada :-

a. Pengerusi Tetap
b. Timbalan Pengerusi Tetap
c. Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian
d. Ketua UMNO Cawangan
Ketua Wanita UMNO Cawangan Ketua Pergerakan Pemuda dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Cawangan

4. I .2 Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian

Adalah disarankan bahawa Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian terdiri daripada:-
a. Pengerusi Tetap
b. Timbalan Pengerusi Tetap
c. Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian
d. Wakil-wakil UMNO Bahagian Ketua, Naib Ketua, Penolong Setiausaha Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan UMNO Cawangan-cawangan.

5. Sekian untuk perhatian dan tindakan Yang Berhormat/Yang Berbahagia selanjutnya. Terima kasih.

BERSATU – BERSETIA – BERKHIDMAT

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2020/09/Penangguhan-Mesyuarat-Bhg.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.