Mohd Zaidi Terus Semarakkan Hari Terakhir Kempen PRK Slim

TANJUNG MALIM, 28 Ogos – Hari terakhir kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim terus disemarakkan oleh Mohd Zaidi Aziz, calon yang diketengahkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam berdepan dengan dua lagi calon bebas menerusi kempen yang berterusan menjelangnya hari membuang undi, esok.

Bagi Mohd Zaidi sudah pasti bukan sahaja hari ini malah sebelum daripada ini lagi, iaitu sebaik bermula sahaja waktu kempen, beliau terus ‘memecut’ gerak kerja dengan kerjasama yang cukup erat bersama barisan jentera parti pelbagai peringkat dan rakan-rakan yang lain.

Melihatkan kesungguhan jentera parti yang telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan hanya menunggu hari mengundi esok, maka tentunya sudah ada jawapan kenapa perlunya mengundi calon BN.

Calon BN, Mohd Zaidi Aziz berkata kesungguhan dan kerjasama daripada jentera parti amat membanggakan dan setinggi-tinggi penghargaan buat mereka yang bekerja untuk sama-sama membantu kemenangan BN pada PRK DUN Slim.

‘’Insya-Allah saya menampak satu kekuatan, satu kesepakatan apabila kekal bermuafakat sehingga ke hari ini dan tentunya esok hari terpenting. Saya hadir banyak tempat dan rakan-rakan kita daripada BN itu sendiri, PAS, PPBM, rakan-rakan komponen yang lain sama-sama turun untuk mencari pengundi dan sebagainya.

“Alhamdulillah perjalanan untuk kempen dan mencari serta menjejaki pengundi itu sangat luar biasa. Terima kasih kepada semua jentera yang telah memudahkan gerak kerja kempen dan sebagainya.

“Kepada pengundi saya dengan rendah hati merayu kepada pengundi untuk memberikan undi kepada saya esok. Sama-samalah kita keluar mengundi awal pagi dengan rasa semangat serta solidariti yang cukup tinggi untuk turun ke tempat pengundian yang telah ditetapkan dan undilah saya, Mohd Zaidi Aziz,’’ ujarnya lagi.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.