‘Kayuhan Kemenangan Muafakat Nasional’ Beri Semangat Kepada Pengundi – Mohd Zaidi

TANJUNG MALIM, 28 Ogos – ‘Kayuhan Kemenangan Muafakat Nasional’ dari Permatang Pauh Ke Slim selamat tiba di pekan kawasan berkenaan petang tadi dengan disambut Pengerusi  Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Syeikh Fadzir serta penyokong Barisan Nasional (BN) yang lain dan masyarakat setempat.

Kayuhan tersebut diketuai Ketua UMNO Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said bersama 15 peserta yang bertolak dari Pulau Pinang pad Khamis yang kemudiannya berhenti di Ipoh serta menamatkan kayuhan hari ini di Pekan Slim dengan perjalanan sejauh 246 kilometer melalui jalan persekutuan.

Ketua kayuhan berkenaan, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said mengucapkan syukur kayuhan tersebut tiba ke destinasi dengan selamat dan para peserta menunjukkan semangat yang cukup tinggi dalam menjayakan kayuhan tersebut.

‘’Pertama sekali, Alhamdulillah rombongan ini selamat tiba di Pekan Slim dan kita bertolak petang kelmarin dengan sampai di Ipoh pada jam 12 semalam, bermalam di Ipoh dan pada tengahari tadi kita sambung perjalanan kita ke Slim River. Alhamdulillah sampai di sini disambut oleh Pengerusi Badan Perhubunga UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir sepertimana dalam jadual,’’ katanya.

Kata beliau lagi kayuhan tersebut agak mencabar dengan keadaan cuaca yang panas dan kadangkala hujan namun masing-masing terus semangat untuk sampai ke destinasi.

‘’Mudah-mudahan kedatangan kami ini memberi semangat kepada seluruh pengundi DUN Slim ini yang akan mengundi esok. Mudah-mudahan BN akan mencatat kejayaan kemenangan yang luar biasa esok untuk membuktikan kepada rakyat bahawa ini adalah kerajaan terbaik pada masa ini,’’ ujarnya. – UMNO Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.