PRK Slim : Peluang Pengundi Termasuk Anak Muda Buat Pilihan Tepat – Shahar

TANJUNG MALIM, 27 Ogos – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Shahar Abdullah berharap para pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim khususnya kalangan golongan muda dapat membuat pilihan yang tepat dan penuh bermakna pada Sabtu ini pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan tersebut.

Ini kerana katanya para pengundi dapat memainkan peranan penting dan sudah pasti golongan muda dapat memberikan yang terbaik bukan sahaja untuk masyrakat serta penduduk di Slim itu sendiri malah terhadap masa depan mereka serta negara itu sendiri.

‘’Kepada anak muda…anak muda yang akan memberi dan melakukan keputusan demi masa depan mereka harus melakukan keputusan yang paling bijak Sabtu ini kerana kita mahu negara kita mempunyai masa depan yang cukup baik.

‘’Saya juga anak peneroka…saya tahu 22 bulan semasa kami menjadi pembangkang, kami perjuangkan nasib peneroka dan kami tahu betapa peritnya peneroka. Ayah saya peneroka emak saya penerokawati dan adik-beradik 10 orang..saya tahu perit jerih warga peneroka.

‘’Hari ini kita akan berusaha dan akan pastikan nasib warga peneroka, petani dan pekebun kecil dan sebagainya lagi akan diperjuangkan oleh kerajaan hari ini. Kemenangan kali ketujuh di sini amat bermakna untuk kita menang di Sabah. Lihat..anak peneroka di atas pentas ini. Mari kita buktikan di sini dengan memilih calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Amin,’’ ujarnya.

Beliau berkata demikian Ketika berucap pada Majlis Pentas Anak Muda yang diadakan di Felda Besout 1, di sini, hari ini. Turut berceramah Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia serta ketua-ketua rakan pemuda parti komponen serta Dewan Pemuda Pas.

Shahar yang juga Timbalan Menteri Kewangan  II menjelaskan apa yang berlaku hari ini memperlihatkan sebaliknya berbanding ketika negara sewaktu diperintah oleh Pakatan Harapan.

‘’Sebelum ini dikatakan negara kita hampir bankrap..mereka kata hutang berbilion ringgit…negara ini akan menjadi miskin…mereka letak jawatan dan kerajaan diambil alih…zaman mereka dikatakan negara tidak ada duit…mereka kata hutang yang dibuat menyebabkan negara tidak ada duit tetapi apabila menjadi pembangkang kembali hari ini kenapa mereka minta tambah peruntukan sedangkan ketika mereka menjadi kerajaan adalah sebaliknya.

‘’22 bulan yang lalu kerajaan PH telah menunjukkan satu siri kegagalan dan kegagalan inilah yang menyebabkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat tidak dapat dicapai.

“Jadi kita menyeru kepada semua pengundi di DUN Slim supaya memberi undi mengekalkan BN supaya kita kekalkan momentum. Kerajan PN (Perikatan Nasional) yang dibentuk mesti didokongi oleh rakyat dengan memberikan undi kepada calon BN, Mohd Zaidi Aziz,’’ ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.