Tingkatkan Waspada Biarpun Kempen PRK Slim Tenang – Mohamad

TANJUNG MALIM, 26 Ogos – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan jentera  agar meningkatkan waspada biarpun kempen Pilihan Raya Kecil (PRK)  Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim berlangsung dalam suasana yang tenang.

Menurut beliau tempoh berkempen yang menghampiri hari pengundian merupakan saat-saat yang cukup penting dan jentera pelbagai peringkat perlu sama-sama meneruskan gerak kerja untuk memastikan kemenangan calon BN, Mohd Zaidi Aziz Sabtu ini.

“Jentera kita mesti sentiasa berwaspada…kita mesti ‘on the high alert position’ situasi kadang-kadang kita tidak nampak air itu tenang sampai habis. Kadang-kadang ribut taufan peringkat akhir.

“Jadi kita jangan leka dan kita jangan memandang mudah walau pun keadaan tidak tegang tetapi kita pastikan sehingga malam akhir dan yang penting sekali mengeluarkan seramai pengundi,” katanya.

Terdahulu sebelum itu beliau mengadakan ziarah kasih dan sembang santai bersama jentera serta pengundi di Felda Besout 4.

Kata Mohamad lagi biarpun penyokong yang ramai namun apa yang utama adalah mengeluarkan seramai mungkin pengundi.

“Betul ramai penyokong kita…tetapi pengundi kita kena keluarkan. Yang saya risau keadaan tenang dan tidak tegang orang malas untuk keluar mengundi…semua orang kata BN boleh menang…BN boleh menang..itu kadang-kadang  pun merbahayakan juga. Dia buat ‘riverse’ psikologi macamtu…nanti mereka cakap tak payah keluarlah BN akan menang.

“Mereka tidak boleh ambil undi orang tetapi akan membuang undi orang lain suapaya pengundi tidak keluar.

“Jadi semua itu kita perlu berhati-hati dan perlu pastikan supaya kita keluarkan seramai mungkin pengundi pada Sabtu ini,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.