PRK DUN Slim Modul PRU Akan Datang – Saarani

TANJUNG MALIM, 24 Ogos – Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) N58, Slim, Datuk Saarani Mohamad berkata modul Pilihan Raya Kecil (PRK) N58 Slim ini adalah modul untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang akan datang.

Katanya, modul dan persahabatan ini adalah kekuatan baru BN untuk menjadikan kerajaan yang baik pada masa hadapan.

“Ini modul bagi PRU, PRU akan datang PRU yang akan memperlihatkan satu gagasan baru BN dengan PAS,Makkal  Sakti, MIC, MCA, IPF, PPP, Bersatu dengan pelbagai lagi. Semua ini akan bergabung tenaga.

“Kita nak tunjukkan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia adalah rakyat yang matang, tahu menilai PH dengan BN, rakyat Malaysia tahu kegagalan PH maka menaruh harapan kembali kepada BN dan rakan-rakannya untuk menubuhkan kerajaan pada PRU yang 15 nanti.

“Kalau kita bekerja keras…. ini adalah satu petanda baik untuk rakyat Malaysia. Persahabatan ini, kasih sayang ini, persefahaman ini akan memberikan kita satu kerajaan yang baik untuk PRU ke 15. Kerana itu adalah peluang terbaik rakyat Malaysia menunjukkan kematangan kita berpolitik,” katanya semasa Ceramah Perdana bersama pengundi India di Padang Taman Bandar Baru, Slim River, malam tadi.

Turut hadir Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim, Presiden Makkal Sakti, R.S Thanenthiran, calon BN, Mohd Zaidi Aziz dan pengundi-pengundi Taman Bandar Baru, Slim.

Saarani yang juga merupakan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Tampan mengharapkan agar pengundi-pengundi yang tersalah pilih masa PRU lalu kembali mengundi BN.

Tolong telefon anak-anak yang ada di luar sana supaya balik untuk menebus kesilapan, kalau tersilap. Yang dah undi BN terima kasih… tetapi yang tersilap undi, tersalah undi ini kali kita balik untuk membetulkan kesilapan dan undi calon BN, Mohd Zaidi Aziz,” tegasnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.