PRK Slim: Mohd Zaidi Calon Terbaik, Pastikan BN Menang – Zambry

TANJUNG MALIM, 23 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata apabila Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan maka menjadi tanggungjawab parti untuk menyediakan calon dan pilihan terbaik dibuat untuk pengundi di Slim.
“Bukan bermakna pilihan yang dibuat itu adalah terbaik daripada yang tak baik. Pilihan dibuat adalah mereka yang terbaik antara yang terbaik iaitu Mohd Zaidi Aziz untuk mewakili Muafakat Nasional (MN) dan Barisan Nasional (BN) dalam PRK ini.

“Saya tak nampak adanya pergaduhan atau bilik-bilik gerakan yang ditutup. Ia merupakan satu kelainan. Kita berhadapan dengan pelbagai PRK. Alhamdulillah… ia berjaya diselesaikan dengan sebaik-baiknya,” katanya pada program Taqarrub di Dataran Felda Gunung Besout 4, malam tadi.

Turut hadir, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin; Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad; Yang Dipertua PAS Bahagian Tanjung Malim, Mohd Tarmizi Ab Rahman serta pengundi-pengundi Gunung Besout 4.

Tambah Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor mengharapkan agar pengundi Slim tidak kisah siapa yang akan mewakili kawasan ini.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan terhadap calon BN, dan marilah kita tingkatkan gerak kerja untuk kemenangan di PRK Slim pada 29 Ogos ini, katanya. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.