BN Sasar Fokus Kumpulan Pengundi, Terus Perkasakan MN – Ahmad Zahid

TANJUNG MALIM, 23 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim ini, semua pergerakan kempen akan terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Katanya, pecutan terakhir kempen PRK Slim amat berkesan untuk bergerak dari rumah ke rumah bagi memastikan calon Barisan Nasional (BN) memenangi PRK ini.

“Dalam pusingan minggu terakhir ini kami menumpukan perhatian kepada kumpulan sasaran pengundi dan kami mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditentukan. Pendekatan kami adalah melawat rumah ke rumah.

“Semua pemimpin UMNO, BN, PAS dan lain-lain parti yang membantu kita akan menggunakan perkataan yang sama.

“Malam esok ada perjumpaan Muafakat Nasional di mana Presiden PAS dan saya akan bersama-sama dan perjumpaan itu mengikut SOP yang telah ditentukan.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk turut menjelaskan bahawa Muafakat Nasional (MN) akan terus diperkasakan serta diperkukuhkan walaupun belum didaftarkan lagi.

“MN ini akan terus diperkasa dan diperkukuhkan di mana bukan hanya UMNO dan PAS tetapi kita menggunakan pendekatan di mana parti-parti komponen BN seperti MCA dan MIC masih tetap bersama.

“Kita di dalam gabungan Muafakat Nasional biarpun tidak didaftarkan tetapi ia merupakan satu gabungan secara kesepakatan politik parti-parti yang menyokong MN ini. Kini PAS telah bersama-sama dengan Bersatu mendaftarkan partinya sebagainya gabungan rasmi di dalam Perikatan Nasional dan ini akan diperjelaskan,” ujarnya – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.