PAS Sertai PN… Jangan Risau Pendirian UMNO Tak Berubah

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Semalam Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan tampil dengan pendirian parti itu terhadap Perikatan Nasional (PN) apabila berkata, parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu akan menyertai perikatan tersebut bersama PPBM

Sehubungan itu ramai yang resah gelisah apabila menerima berita tersebut maka Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jangan risau kerana pendirian UMNO tetap tidak berubah.

“Jika benar PAS menyertai PN, UMNO tetap dengan pendirian untuk tidak menyertai PN sebagai parti komponennya untuk hadapi PRU-15 akan datang.

“Jika PAS bersedia menggunakan lambang PN, UMNO tetap dengan pendirian untuk kekal menggunakan lambang BN (Dacing) dalam PRU-15 akan datang,” ujarnya dalam kenyataan berkaitan isu tersebut.

Yang penting, katanya, UMNO tetap berpegang kepada Piagam Muafakat Nasional yang telah dimeterai dan disaksikan umat dengan linangan air mata.

“Yang penting, UMNO-BN dan PAS-PN harus terus kekal bekerjasama dan bermuafakat untuk menghadapi Dap-PH dengan mengelakkan pertandingan tiga penjuru,” katanya dengan tanda pagar antaranya #KekalBermuafakat, #KekalBekerjasama. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.