Laporan Tidak Benar, Al Jazeera Media Berat Sebelah – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata laporan media antarabangsa Al Jazeera yang kononnya Malaysia mengamalkan perkauman dalam menangani isu pendatangan asing tanpa izin (PATI) ketika wabak COVID-19 adalah tidak benar.

Katanya, Al Jazeera adalah berat sebelah dan mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat untuk memburukkan kepimpinan kerajaan pada hari ini.

“Fitnah jahat terhadap Malaysia yang mengatakan tindakan kerajaan dalam mengesan serta menempatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) semasa pandemik COVID-19 adalah satu bentuk rasisme adalah biadap dan menghina negara.


“Realitinya, Malaysia sentiasa melindungi hak dan keselamatan semua pihak termasuklah warga asing. Teruskan usaha membasmi PATI, kami rakyat Malaysia akan sentiasa menyokong usaha kerajaan ini.”

Jelas Dr Najmil yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu menjelaskan usaha kerajaan dalam menangani PATI tidak wajar dipertikaikan.

“Ini adalah soal kedaulatan negara serta keselamatan rakyat Malaysia dan pihak luar tidak seharusnya campur tangan,” tegasnya

Untuk rekod, Al Jazeera telah memuatnaik satu dokumentari di ‘youtube’ yang bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lock down’ dan ia mendapat kecaman natizen.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 150,000 ‘dislike’.

Dokumentari berdurasi 30 minit itu memaparkan langkah kerajaan Malaysia menangani COVID-19 yang menurut agensi berita antarabangsa itu sebagai menekan, tidak berperikemanusiaan dan bersifat prejudis terhadap warga asing. PKPD yang kerajaan Malaysia kuatkuasakan terutama di kawasan majoriti warga asing pula digambarkan sebagai brutal dengan operasi gaya junta. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.