Zahid Belum Dibuktikan Bersalah, Wajar Diberikan Ruang Dalam Kabinet Kerajaan – Ab Rauf

MASJID TANAH, 8 Mac – Susulan keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mahu sebarang jawatan di dalam kabinet Gabungan Perikatan Nasional pada pagi Sabtu.

UMNO Melaka dalam satu kenyataan hari ini turut menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Presiden UMNO yang disifatkan berjiwa besar dan meletakkan kepentingan serta kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, beliau bersama dengan kepimpinan UMNO negeri menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Gabungan Perikatan Nasional.

Namun Ahmad Zahid jelasnya, wajar diberikan ruang di dalam kabinet Gabungan Perikatan Nasional kerana beliau belum dibuktikan bersalah atas kes yang dihadapi Presiden UMNO itu.

“Walau bagaimanapun, sebagai Presiden parti dalam Gabungan Perikatan Nasional yang menyumbang 39 Ahli Parlimen UMNO.

“Adalah wajar bagi Datuk Seri Ahmad Zahid diberikan ruang untuk menyertai kabinet Gabungan Perikatan Nasional kerana kes yang dikaitkan dengannya masih belum disabitkan bersalah oleh mahkamah.

“Selagi prosiding perbicaraan masih berjalan dan mahkamah belum mensabitkan bersalah, maka Datuk Seri Ahmad Zahid tidak seharusnya dianggap bersalah,” katanya dalam satu kenyataan media.

Malah tambah Ab Rauf, ada juga pemimpin Pakatan Harapan (PH) sebelum ini terpalit dengan kes mahkamah tetapi tetap diberikan jawatan di dalam kabinet kerajaan.

“Jika dilihat kembali sebelum ini, terdapat beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang masih dalam perbicaraan tetapi dilantik juga didalam kabinet kerajaan PH.

“Kes tersebut akhirnya diteruskan atas arahan Peguam Negara ketika itu,” kata Ab Rauf.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.