UMNO Tidak ‘Melobi’ Jawatan TPM, Budi Bicara PM Tentukan – Dr Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menekankan bahawa UMNO tidak ‘melobi’ untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) di dalam kerajaan.

Sebaliknya kata beliau, UMNO telah mengemukakan beberapa nama Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari yang lalu untuk memilih individu yang benar-benar layak.

“Itu adalah budi bicara Perdana Menteri untuk menentukan siapa yang bakal dilantik nanti,” katanya yang juga Pengerusi BN merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk menerusi media sosialnya.

Dilaporkan, kerajaan baharu Perikatan Nasional dibentuk susulan peletakkan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 dan tumbangnya PH akibat pertelingkahan dalam mereka sendiri. Ekoran itu, Tan Sri Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 Ahad lalu.

Tumpuan kini terarah kepada pembentukan kabinet termasuklah kerusi TPM. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.