Tommy Thomas, Latheefa Koya Sudah… Bila Lagi Yang Lain Nak Letak Jawatan?

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Hari ini Latheefa Koya mengesahkan telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris menimbulkan persoalan bila lagi yang lain pula akan letak jawatan?

“Tommy Thomas dah letak jawatan. Latheefa Koya pun sudah. Yang lain bila pula nak letak jawatan?

“Sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah, sebanyak 18 CEO baru dilantik syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu berkata semua lantikan politik perlu ditamatkan segera.

“Banyak lagi yang dilantik Dap. Ini senarai pemimpin Dap yang menerima lantikan politik dan perlu ditamatkan segera.

“Mereka ini dah boleh kemas meja. Kita tak perlukan Dap memerintah negara ini. Cukuplah negara dirosakkan Dap,” katanya lagi.

Berikut adalah antara nama yang disenaraikan oleh Dr Najmil:

1. Wong Kah Woh (Ahli Parlimen Ipoh Timor) Pengerusi Sustainable Energy Development Authority (SEDA).
2. Alice Lau Kiong Yieng (Ahli Parlimen Lanang) National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH).
3. Wong Tack (Ahli Parlimen Bentong) Pengerusi Malaysian Timber Industry Board (MTIB).
4. Charles Santiago (Ahli Parlimen Klang) Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) iaitu penyokong tegar LTTE.

Terdahulu, Tommy Thomas telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Peguam Negara tujuh hari lalu selepas tumbangnya kerajaan PH walhal beliau sepatutnya menyandang jawatan hingga Jun depan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.