Perikatan Nasional Alternatif Untuk Rakyat Bangunkan Negara – Hairi

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah menyeru pemimpin Perikatan Nasional supaya berjiwa besar dalam isu pembentukan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran fokus membangunkan negara lebih utama.

Katanya, rakyat hari ini sedang memerhati sikap pemimpin maka janganlah melakukan tindak-tanduk yang boleh membuatkan rakyat benci yang akhirnya dihukum seperti Pakatan Harapan (PH).

“Kita membentuk Perikatan Nasional sebagai alternatif bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan untuk membangunankan negara ekoran kemelut politik serta perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin PH sebelum ini.

“Kembali kepada asas kita membentuk Perikatan Nasional yang pada dasarnya untuk menyelamatkan negara daripada kegelapan ekoran cengkaman Dap dalam kerajaan PH yang telah tumbang baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam hal ini, jelas Hairi, jika ada yang tidak terpilih menganggotai jawatan dalam Kabinet kelak maka terimalah dengan hati terbuka kerana Perikatan Nasional hanya mempunyai masa tiga tahun untuk memulihkan negara.

“Janganlah ada dalam kalangan kita bermain politik untuk menduduki jawatan penting dalam kerajaan.

“Berilah peluang kepada Perdana Menteri untuk membentuk barisan kabinetnya kerana masa yang ada terlalu suntuk untuk memulihkan negara yang telah dirosakkan rejim PH,” tegasnya.

Justeru, kepada Perdana Menteri, Menteri Besar mahupun Ketua Menteri beliau berharap agar melantik mereka yang tepat.

“Lantiklah mereka yang berwibawa, mempunyai kredbiliti dalam menganggotai kabinet, pilihlah individu yang mempu bekerja, bukannya kroni mahupun pengampu, ini penting bagi memulihkam imej negara yang telah tercalar.”

Dalam masa yang sama beliau mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Johor pimpinan Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad yang telah berjaya membentuk saf Exco kerajaan negeri dengan semangat Perikatan Nasional.

“Selamat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan berkhidmatlah dengan baik kepada rakyat,” ujarnya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.