Tak Sampai 2 Tahun, Kerajaan PH Sudah Menjahanamkan Negara – Najib

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Tidak pun sampai dua tahun memerintah negara, kerajaan Pakatan Harapan (PH) 1.0 yang terkenal dengan beberapa menteri kabinetnya menggunakan sijil palsu sudah menjahanamkan negara.

Demikian tempelak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam satu lontaran di Facebook.

“Akibat dasar-dasar kerajaan PH 1.0 dulu untuk menaikkan defisit negara dengan perbelanjaan tahunan yang jauh lebih tinggi banding masa BN (Barisan Nasional), menaikkan nisbah Hutang negara dengan banyak, menghapuskan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan), menjarah RM104 bilion rizab tunai Petronas; dan ketidakstabilan politik mereka.

“Malaysia sekarang ada pada keadaan yang berisiko tinggi kerana ruang fiskal sudah berkurang,” tegasnya lagi.

Ahli Parlimen Pekan itu juga bimbang mengenai tren pergerakan harga minyak mentah dunia yang semakin menurun.

“Saya bimbang Malaysia akan menghadapi cabaran yang amat besar jika harga minyak dunia jatuh ke bawah US$30 seperti apa yang berlaku pada tahun 2016.

“Jangan kata ini tidak akan berulang lagi pada situasi wabak koronavirus sekarang,” bidasnya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.