Ahli UMNO Diminta Bersabar, Berlapang Dada Serta Berjiwa Besar Terhadap Kenyataan Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa meminta ahli parti bersabar serta berlapang dada dan terus mempamerkan sifat yang baik dan berjiwa besar berhubung kenyataan Pedana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Menurut beliau UMNO amat memahami situasi yang sedang dilalui oleh Tun Dr Mahathir pada masa ini dan masalah yang sedang dihadapi negara pada masa ini sedikit sebanyak berpunca daripada Tun sendiri.

“Semalam Tun Dr Mahathir telah membuat perutusan khas dan terdapat kenyataan-kenyataan yang menyentuh UMNO terutama sekali pada para 11 dan 12 dan itu telah menyebabkan parti telah didatangai banyak suara  terhiris, tersinggung dengan kenyataan Yab Tun Dr Mahathir.

“Perkara ini turut dibincang bersama Ketua-Ketua bahagian tadi dan kita mengambil sikap sederhana merujuk kepada para 11 dan 12 yang telah disebutkan oleh Tun Dr Mahathir dan UMNO amat memahami situasi yang sedang beliau lalui pada masa ini”, katanya pada sidang media khas di sini, hari ini yang turut disertai Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan.

Jelas Annuar lagi wWalaupun kenyataan itu sedikit menghiris hati ahli-ahli UMNO namun parti berseru agar semua ahli UMNO dapat bersabar dan berlapang dada.

“UMNO telah diuiji dengan pelbagai penganiayaan, kezaliman, fitnah dan sebagainya tetapi kepada Allah swt kita berserah dan akan terus bersabar kerana Allah swt sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar,” ujarnya

Tambah beliau UMNO mendoakan agar Tun diberikan kesihatan yang baik dan hati yang tenang dan UMNO insya Allah akan terus berjuang dengan hati tabah, sabar demi menegakkan kebenaran serta kebaikan bagi agama, bangsa dan tanah air.

Kenyataan Tun Dr Mahathir semalam pada para 11  “ kesannya jika Bersatu sokong PAS dabn UMNO maka parti-parti yang kalahlah akan diri kerajaan. Kerajaan ini akan didominasi oleh UMNO sebagai parti yang terbesar”.

Para 12, “saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar UMNO dan menyertai parti lain. Tetapi UMNO akan sertai kerajaan campuran ini sebagai parti UMNO. Ini tidak dapat diterima oleh saya. Maka terpaksalah saya letak jawatan”. – UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.