UMNO Sabah Sedia Hadapi PRU 15 – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 25 Feb- Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menjelaskan UMNO Sabah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Katanya, biarlah rakyat yang menentukan dalam PRU siapa yang layak menjadi kerajaan.

“UMNO Sabah bersedia untuk berdepan dengan rakyat untuk mendapat mandat dalam pilihan raya.

“Biarlah rakyat yang menentukan kerajaan dalam pilihan raya jika tidak ada formula terbaik untuk bentuk kerajaan.

“UMNO jelas… kami tidak mahu bekerjasama dengan Dap dalam kerajaan perpaduan,” katanya dalam hantaran pendek di Facebook, hari ini

Tambah Abdul Rahman lagi, kembalikan kuasa kepada rakyat.

Dilaporkan, hari ini Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) hari ini sepakat menolak sebarang gabungan untuk membentuk kerajaan jika membabitkan Dap dan mahukan Parlimen dibubarkan.

Kemelut politik tanah air terbentuk berikutan runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenan membatalkan pelantikan menteri-menteri kabinet. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.