Kerajaan Tumbang Kerana Masalah Dalaman PH… Tidak Adil Salahkan UMNO – Ismail Sabri


KUALA LUMPUR, 24 Feb – Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tegas berkata, adalah tidak adil untuk Dap menyalahkan UMNO atas tumbangnya kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) kerana apa yang berlaku adalah kerana masalah dalaman mereka sendiri.

Jelas beliau, apa yang penting rakyat perlu tahu bahawa kerajaan hari ini sudahpun tumbang.

“Biasalah (Lim) Guan Eng… apapun jadi dia akan tetap salahkan UMNO. Kalau esok banjir besar atau ada gempa bumi dia tetap akan salahkan UMNO tapi sebenarnya apa yang jadi adalah kerana perpecahan dalaman mereka sendiri.

“Kalau hari ini Perdana Menteri tidak letak jawatanpun tapi bila kerajaan tumbang jadi secara tersendiri Perdana Menteripun gugur bersama-sama kerajaan. Apabila PPBM keluar daripada PH, apabila 11 daripada kumpulan Azmin keluar juga, ini bermakna jumlahnya kurang dari 112 iaitu majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. Jadi tidak ada lagi kerajaan setakat ini,” ujar beliau kepada media di lobi Menara Dato’ Onn hari ini.

Justeru Ismail yang juga merupakan Naib Presiden UMNO, beliau hairan bagaimana mereka masih menggunakan media kerajaan dan sebagainya untuk bercakap sebagai seorang menteri kerana secara automatik mereka bukan lagi menteri. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.