Dividen KWSP Terendah Dalam 11 Tahun: Padah Negara Diteraju PH, Rakus Bersandiwara

KUALA LUMPUR, 23 Feb – Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau langsung tidak terkejut dengan pengumuman dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dicatatkan sebagai paling rendah sejak 11 tahun lalu.

Kerajaan Pakatan (PH) bidasnya boleh mereka cipta pelbagai alasan untuk tutup kelemahan.

“Namun hakikatnya, inilah padahnya bila negara diterajui PH yang lebih rakus bersandiwara politik, bergaduh tentang kepimpinan seterusnya dan bertelagah sesama sendiri berbanding memikirkan kepentingan negara.

“Cuma, saya bimbang dan tertanya-tanya, apa lagi episod hitam selepas ini. Sebelum ini hibah Tabung Haji (TH) dan dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) terendah dalam sejarah. Baru-baru ini Bank Negara umum pertumbuhan ekonomi negara terburuk dalam tempoh sedekad. Empat hari lepas aset TH umum dijual.

“Yang saya sebut ini hanya sebahagian dan kesemuanya berlaku dalam tempoh tak sampai dua tahun PH memerintah,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam satu kenyataan semalam, KWSP mengumumkan dividen 2019 pada 5.45 peratus bagi Simpanan Konvensional melibatkan agihan RM41.68 bilion manakala bagi Simpanan Shariah 2019, KWSP mengumumkan dividen 5 peratus melibatkan agihan RM4.14 bilion.

Lebih menjengkelkan selar Hishammuddin, Menteri Kewangan Dap Lim Guan Eng, dalam bab kemunduran ekonomi, ketidakyakinan pelabur dan kelemahan pengurusan kewangan langsung tidak berasa salah.

“Tetapi kalau persoal tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), desak polis bebaskan suspek pengganas, dialah juaranya,” tempelaknya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.