Saksi 37 Setuju Pelantikan Profound Radiance Bukan Arahan Zahid

KUALA LUMPUR, 20 Feb – Saksi ke-37, bekas Setiausaha Bahagian Hal-Ehwal Imigresen (SUB IM) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Shahril Ismail, 53, berkata, pelantikan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai pengendali Pusat Hentian Setempat One Stop Centre (OSC) di bawah KDN dipersetujui Datuk Seri Dr Ahmad Zahid (Menteri Dalam Negeri) setelah SUB IM, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU), Ketua Setiausaha (KSU) mengadakan mesyuarat mencadangkan syarikat tersebut sebagai pengendali OSC.

Katanya, menteri hanya meluluskan berdasarkan syor ketiga-tiga keputusan mesyuarat seperti tercatat dalam minit mesyuarat ceraian dan syarikat terbabit juga mendapat kelulusan setelah prosedur dan peraturan dipenuhi.

Shahril, seorang penjawat awam kini bertugas di Jabatan Perkhidmatan Awam hari ini menjadi saksi untuk perbicaraan kes Dr Ahmad Zahid.

Ketika ditanya oleh Peguam Bela, Datuk Ahmad Zaidi Zainal apakah bekas Menteri Dalam Negeri itu pernah memberikan arahan spesifik kepadanya (Shahril), TKSU dan KSU untuk meluluskan projek OSC itu secara terus (tanpa prosedur) kepada Profound Radiance.

Datuk Shahril kemudian sebagai saksi menjawab tidak.

Peguam: Syor yang dibatalkan dari siapa?
Saksi: Dari hal ehwal Imigresen dan bukan dari Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Peguam: Datuk telah mengesyorkan Pakistan dan Nepal dan Datuk juga sedar mereka telah memulakan operasi?
Saksi: Ya.

Peguam: Datuk ada matlamat tak?
Saksi: Tidak tahu.

Peguam: Keputusan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah berdasarkan Datuk, KSU, TKSU, semua prosedur telah dipatuhi?
Saksi: Setuju.

Peguam: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah memberi arahan spesifik kepada Datuk Shahril, KSU, TKSU supaya meluluskan tanpa prosuder?
Saksi: Setuju, mengikut prosedur.

Ketika ditanya oleh Peguam Bela, Datuk Ahmad Zahidi Zainal apakah bekas Menteri Dalam Negeri itu pernah memberikan arahan spesifik kepadanya (Datuk Shahril), TKSU dan KSU untuk meluluskan projek OSC itu secara terus (tanpa prosedur) kepada Profound Radiance.

Katanya, menteri hanya meluluskan berdasarkan syor ketiga-tiga keputusan mesyuarat seperti tercatat dalam minit mesyuarat ceraian manakala syarikat terbabit juga mendapat kelulusan setelah prosedur dan peraturan dipenuhi.- UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.