Kit Siang Gerun Menunggu 9 Mac 2020 – Puad

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi melihat kenyataan Lim Kit Siang mengenai sesi parlimen akan datang menimbulkan pelbagai persoalan.

Menerusi catatan di facebooknya, Puad mempersoalkan apakah baru sekarang mahu melunaskan janji atau mengubah janji seperti hapus tol kepada kurangkan kadar tol.

“Dalam blog terbarunya dia meyakini sidang Parlimen bermula 9 Mac ini adalah sidang melunaskan janji manifesto Kerajaan Pakatan Harapan (PH). Menurutnya jangan terperangkap dengan usaha pembangkang melepaskan terpedo terhadap Kerajaan PH melalui usul ‘undi percaya’ terhadap Tun M di sidang kali ini.

“Apakah pakej rangsangan ekonomi yang akan diumumkan akhir Febuari ini adalah pakej menunaikan janji 100 hari PH?

“Apakah ia juga bertujuan untuk mengimbangi usul ‘undi percaya’ PAS supaya kestabilan PH yang didominasi oleh Dap tidak runtuh,” katanya. – UMNO Online

Kenyataan penuh beliau seperti berikut.

KIT SIANG GERUN MENUNGGU 9 MAC 2020

Cakap besar lagi Lim Kit Siang

Dalam blog terbarunya dia meyakini sidang Parlimen bermula 9 Mac ini adalah sidang melunaskan janji manifesto Kerajaan PH.

Menurutnya jangan terperangkap dengan usaha pembangkang melepaskan terpedo terhadap Kerajaan PH melalui usul “undi percaya” terhadap Tun M di sidang kali ini.

Apakah pakej ransangan ekonomi yang akan diumumkan akhir Febuari ini adalah pakej menunaikan janji 100 hari PH?

Apakah ia juga bertujuan untuk mengimbangi usul “undi percaya” PAS supaya kestabilan PH yang didominasi oleh DAP tidak runtuh.

Lim Kit Malam mahu sidang Parlimen kali ini menjadi sejarah terhebat 22 bulan PH memerintah. 22 bulan bermakna hampir tujuh kali Parlimen bersidang. Baru sekarang mahu melunaskan janji?

Melunaskan janji atau mengubah janji? Seperti hapus tol kepada kurangkan kadar tol.

Pokoknya Lim Kit Malam dan DAP kecut perut untuk menghadapi sidang Parlimen bulan Mac ini. Takut 22 bulan berakhir dengan PH yang koyak rabak.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79