Terbukti Muafakat Nasional Harapan Rakyat Perjuang Pelbagai Kaum – Annuar

KUALA SELANGOR, 15 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata Muafakat Nasional adalah harapan rakyat kerana kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini dalam mentadbir negara termasuklah pelaksanaan manifesto mereka.

Malah beliau menjelaskan terbukti Muafakat Nasional adalah satu landasan terbaik dan kerjasama berkenaan dapat dilihat sebelum ini khususnya dalam beberapa pilihan raya kecil yang lalu.

“Tidak cukupkah bukti Muafakat Nasional ini adalah parti yang akan memperjuangkan pelbagai kaum lebih baik dari Pakatan Harapan yang ‘hancing’ pada masa ini.

“Tepak di luar rencong di dalam, kononya satu Muafakat…Dap ke lain, BERSATU ke lain…hari-hari bergaduh. Tak cukup bergaduh, antara lompat parti, satu parti pun bergaduh…dalam PKR pun bergaduh dan sebagainya.

“Tak fikir nak urus negara…hari-hari masalah sendiri pun tak boleh selesai. Tiba-tiba ada kes semburit, tak habis kes semburit ada kes rogol, hisap dadah dan macam-macam jenis penyakit. Macam mana hendak memerintah negara kalau dah begitu keadaannya,” bidasnya semasa ceramah Muafakat Nasional di Kampung Permatang, Kuala Selangor, Jumaat malam.

Turut hadir Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT), Tan Sri Noh Omar, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan kepimpinan UMNO dan PAS Parlimen Kuala Selangor.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh seterusnya mengajak rakyat agar meninggalkan PH dan bersama-sama dengan Muafakat Nasional perbaiki keadaan negara hari ni.

“Tiada kebencian, tiada fanatism, tiada perkauman, Islam memimpin dan memandu… insya-Allah kalau dulu rekod kita dah baik masa mencapai kemerdekaan dan rekod itu boleh diperbaiki lebih baik lagi.

“Ada benda yang boleh kita bincang di bawah, ada benda kita berikan kepercayaan kepada pucuk pimpinan kita iaitu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membereskan perkara yang tinggi di atas agar menjaga kepentingan umat Islam dan Melayu serta seluruh rakyat dalam negara tanah air ini,” tambahnya.- UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.