Selamat Bersidang…Biarpun Setiap Tahun, Inilah Peluang Untuk Sama-Sama Kukuhkan Parti – Dr Shamsul

KUALA LUMPUR, 15 Feb – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata Persidangan Agung UMNO cawangan di seluruh negara yang bermula hari ini sehinga 19 April 2020 merupakan ruang terbaik untuk mengukuhkan lagi parti.

“Kepada semua pimpinan dan ahli UMNO di semua peringkat…biarpun Persidangan Agung UMNO cawangan ini dilakukan oleh kita setiap tahun namun inilah ruang terbaik bagi kita untuk perkukuhkan parti kita.

“Persidangan ini mesti menjadi ruang untuk kita terus memperlihatkan UMNO parti terkuat dalam negara ini,” katanya menerusi catatan di facebook.

Persidangan UMNO Cawangan seluruh negara bermula hari ini sehingga 19 April nanti.

Tambah Shamsul, ujian yang sedang sedang dihadapi ini adalah kesempatan untuk memperbaiki kelemahan, membina kekuatan dan mesti sama-sama berusaha kembali menjadi pemerintah di negara bertuah ini. Selamat bersidang,” ujarnya.- UMNO Online.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.