Rakyat Perlu Bangkit Tolak ‘Kerajaan Kemudaratan’ – Tok Mat

 

SEREMBAN, 15 Feb – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, rakyat perlu bangkit dan bersuara bagi menentang kerajaan yang mendatangkan kemudaratan.

Jelas beliau, kemudaratan yang sedang menghimpit rakyat kini adalah kerana kerajaan ‘Pakatan Dap’ yang gagal mentadbir negara.

“Negara ini ditadbir oleh pakatan Dap sebab Dap adalah ‘master mind’ kerajaan hari ini dan kemudaratan yang kita hadapi sekarang ini tidak kira Melayu, Cina, Iban atau Bidayuh… hari ini rakyat rasa terhimpit sebab masalah keadaan ekonomi negara amat tidak baik.

“Yang mentdbir kewangan negara pula betul-betul main wayang. Dulu saya ingat dia bagus tapi rupa-rupanya paling ‘bangang’.

“Tidak sampai dua tahun tadbir negara, hutang rasmi negara sudah lebih RM100 bilion. Barisan Nasional (BN) 62 tahun tadbir negara hutang hanya RM686 bilion, dia belum dua tahun sudah jadi RM800 bilion… memang tidak tahu tadbir negara… sudahlah ‘bodoh’, ‘sombong’ pula tu,” ujar beliau ketika berucap dalam program Muafakat Nasional peringkat Parlimen Seremban, di sini Jumaat malam.

Tambah Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mat, tidak cukup dengan menambah hutang negara, lebih RM80 bilion duit Petronas pula diambil dan ini tidak pernah berlaku dulu.

“Sudahlah duit Petronas diambil, harta negara pula dijual lebih RM40 bilion tanpa tander.

“Baru-baru ini saya betul-betul sakit hati. Dividen Tabung Haji rendah sebab katanya rugi, dulu zaman BN dividen Tabung Haji tinggi dikatanya Tabung Haji silap.

“Harta Tabung Haji diambil bgitu sahaja. Dia ambil waktu pasaran saham merudum. Tidak cukup dengan itu, Tabung Haji Plantation pula dijual. Soalan saya, kenapa jual aset waktu harga sawit merudum? Jadi kita patut marah, kita perlu bangkit pertahankan hak kita,” ujar beliau lagi.

Justeru, Tok Mat mengingatkan agar rakyat jangan lagi terpengaruh walaupun ditawarkan dengan pelbagai tawaran baru.

“Jangan nanti dia janji bagi BSH (Bantuan Sara Hidup) RM3 ribu terus lupa semua. Ingat, jangan kita jual maruah diri, bangsa, agama dan tanah air… kita kena pertahankan,” tegas beliau. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.