Tidak Ada Campur Tangan Dr Ahmad Zahid Dalam Pengeluaran Cip Pasport

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Mahkamah hari ini diberitahu Bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak ada campur tangan yang melibatkan kelulusan keputusan tender cip passport yang dikeluarkan oleh syarikat Datasonic Group Berhad.

Saksi yang ke-33, Bekas Setiausaha Bahagian (SUB) Perolehan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Abdul Aziz Md Nor berkata, Kementerian Kewangan (MoF) yang mengeluarkan tender dan membuat keputuasan mengenai tender berkenaan.

Beliau berkata, KDN sebagai ‘stakeholder’ atau pengguna pasport hanya diminta membuat ulasan oleh MoF untuk tender itu.

Peguam: Sila mohon kepada MOF bagi syarikat ini diluluskan, permohonan ini perlu dibuat kepada KSP MOF, betul ?
Datuk Abdul Aziz: Betul
Peguam: Setuju dengan saya bahawa ketika Menteri Dalam Negeri respons tindakan Datasonic, datasonic dah pun memohon pada MOF terlebih dahulu, betul?
Datuk Abdul Aziz: Betul
Peguam:Datuk tidak terlibat dengan keputusan teknikal, keputusan?
Datuk Abdul Aziz: Tidak.
Peguam:Tapi Datuk tahu keputusannya apa yang dikatakan pada Datuk, betul?
Datuk Abdul Aziz:Betul.
Peguam: Keputusan evalusion dari Jabatan Imigresen berhubung KSP memperuntukkan cip datasonic lebih selamat
Datuk Abdul Aziz:Pencapaian terbaik dan berjaya

Peguam itu turut bertanya sama ada terdapat syarikat lain yang boleh menyediakan cip datasonic kepada KDN

Peguam: Ada company-company lain yang boleh menyediakan pada KDN.
Datuk Abdul Aziz: Tidak pasti.
Peguam: Semua prosedur SST dipatuhi?
Datuk Abdul Aziz: Ya
Peguam: Adakah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terlibat dengan perbincangan tersebut?
Datuk Abdul Aziz: Tidak
Peguam: Rule of concept sekiranya gagal… apa akan terjadi?
Datuk Abdul Aziz: Tidak terlibat secara langsung dan beritahu MOF bahawa ini rule of concept gagal.

Prosiding kes perbicaraan Dr. Ahmad Zahid akan bersambung pada Rabu depan.- UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.