Apa Langkah PH Untuk Kurangkan Kesan Ekonomi Merundum?

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Ketua Pemuda UMNO Sabah, Ir Aziz Julkarnain mempersoalkan apakah tindakan serta pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam menangani kesan ekonomi yang merundum.

Menurut beliau banyak berita dan perkara yang menggusarkan rakyat sedang berkumandang di dada-dada akhbar terkemuka dan ini sudah pasti akan menimbulkan pelbagai tanggapan.

“Apa yang perlu dilakukan kerajaan untuk mengurangkan kesan ekonomi merundum. Sektor Pembuatan sedang jatuh kerana kurangnya permintaan. Dulu masa saya belajar Ekonomi Asas Tingkatan 4 & 5, saya belajar satu perkara bahawa dalam pasaran apabila penawaran melebihi permintaan maka pengusaha perlu melakukan pelan mitigasi. Apakah pelan mitigasi yang boleh dilakukan,” katanya kepada UMNO-Online.

Berikut merupakan kenyataan penuh beliau yang menghuraikan secara panjang lebar pelan migitasi dan apakah kesannya secara menyeluruh.

Nampaknya semakin banyak berita yang menggusarkan rakyat sedang berkumandang di dada-dada akhbar terkemuka.

Sektor Pembuatan sedang jatuh kerana kurangnya permintaan. Dulu masa saya belajar Ekonomi Asas Tingkatan 4 & 5, saya belajar satu perkara bahawa dalam pasaran apabila penawaran melebihi permintaan maka pengusaha perlu melakukan pelan mitigasi. Apakah pelan mitigasi yang boleh dilakukan?

  1. Mengurangkan harga tawaran dengan mengurangkan nilai keuntungan.
    2. Mengurangkan penawaran untuk mengimbangi permintaan.
    3. Membuat pengstrukturan syarikat untuk mengurangkan kos.
    4. Melipatgandakan promosi untuk mengimbangkan permintaan terhadap penawaran.

Item No.2 dan No.3 sekiranya dilakukan, berkemungkinan akan melibatkan pengurangan tenaga kerja yang menjadi sebahagian daripada kos.

Apa impak pengurangan tenaga kerja?

  1. Membuang pekerja.
    2. Pekerja yang dibuang kerja akan hilang punca pendapatan untuk menyara hidup keluarga.
    3. Apabila kehilangan punca pendapatan maka anak-anak yang sedang bersekolah turut terjejas persekolahannya terutamanya yang sedang bersekolah di institusi tinggi.
    4. Persekolahan yang terjejas akan memberi kesan kepada fokus pelajar untuk menimba ilmu, akhirnya pelajar akan menghadapi masalah untuk meneruskan persekolahannya seperti berhenti belajar dan sebagainya.
    5. Negara akan mengalami defisit modal insan yang berharga.
    6. Kehilangan punca pendapatan juga akan turut memberi kesan kepada ekonomi yang memerlukan putaran ekonomi. Akhirnya, ekonomi negara akan merundum.

Apa yang perlu dilakukan kerajaan untuk mengurangkan kesan ekonomi merundum? – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.