Permukiman Bersejarah UMNO, PAS Dua Minggu Lagi

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Jawatankuasa Pusat Pas buat kali pertama dalam sejarah akan mengadakan pemukiman bersama di Janda Baik dua minggu lagi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Menurut beliau, semua Ahli Parlimen UMNO dan Pas juga akan menyertainya.

“Ini menggambarkan iltizam Muafakat Nasional yang cukup tinggi,” katanya.

Kenyataan itu mengukuhkan kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Bung Moktar Radin yang memaklumkan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung selama empat jam semalam hanya membincangkan langkah memperkukuhkan Muafakat Nasional antara Barisan Nasional dan Pas untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU15).

Katanya, mesyuarat itu tidak membincangkan mengenai Pakatan Nasional. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.