Kenyataan Media SUA UMNO Berkaitan Mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA
7 Februari 2020

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO dalam mesyuarat bulanan yang diadakan pada hari ini, 7 Februari 2020 (Jumaat) telah membincangkan beberapa perkara utama antaranya :-

1. Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah menetapkan tarikh ;

i. Persidangan UMNO Cawangan – 15 Februari hingga 19 April 2020

ii. Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian – 1 Jun hingga 20 Julai 2020

iii. Konvensyen UMNO Negeri-Negeri – 1 Ogos hingga 15 September 2020

iv. Perhimpunan Agung UMNO 2020 – 26 hingga 31 Oktober 2020

2. Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah melantik YBhg. Tan Sri Zulhasnan Rafique sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO.

3. Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia telah diberikan penjelasan terkini oleh Presiden UMNO berhubung situasi politik semasa.

4. Presiden telah memberikan pelbagai senario yang berkemungkinan berlaku. Senario-senario tersebut telah dinilai secara bersama dengan PAS dalam semangat Muafakat Nasional.

5. Majlis Kerja Tertinggi UMNO berpuas hati dengan penjelasan tersebut dan Majlis Kerja Tertinggi telah memberikan pandangan secara terbuka untuk perhatian dan tindakan Presiden UMNO.

6. Majlis Kerja Tertinggi merasa amat bimbang dengan kedudukan orang Melayu, kaum Bumiputera, umat Islam dan rakyat keseluruhannya yang semakin terhimpit berpunca dari kegagalan Pakatan Harapan.

7. Majlis Kerja Tertinggi berbincang panjang berkenaan hala tuju dan pendekatan Muafakat Nasional dalam senario politik yang tidak menentu ini demi memelihara kepentingan rakyat.

8. Majlis Kerja Tertinggi UMNO bersetuju untuk terus memperkasakan Muafakat Nasional dengan mempertingkatkan gerak kerjanya bersama PAS terutamanya dalam berhadapan dengan sebarang kemungkinan.

TAN SRI ANNUAR BIN HAJI MUSA
SETIAUSAHA AGUNG

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.