Seluruh Pimpinan Dan Ahli UMNO Diseru Perkukuhkan Kekuatan Dan Perpaduan Parti


KUALA LUMPUR, 6 Feb –  Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menyeru seluruh pimpinan dan ahli parti di semua peringkat untuk perkukuhkan kekuatan parti dan mengutamakan perpaduan.

“Hadapi musuh sebenar kita dan elakkan berperang sesama sendiri”, katanya dalam kenyataan menerusi Facebooknya, hari ini.

Jelas beliau UMNO parti berpengalaman dan matang sudah pastinya apa juga yang hendak dilakukan akan mengambil kira pelbagai perkara.

“Percayalah, sudah tentu agama, bangsa dan negara diutamakan. Kepentingan parti, ahli dan penyokong UMNO akan didahulukan.

“Yakinlah kepada Ahli Majlis Kerja Tertinggi ( AMKT ) UMNO Malaysia. AMKT UMNO Malaysia memahami tangggungjawab dan amanah parti. Sudah tentu perkara terbaik untuk parti akan dilakukan”, ujarnya.

Katanya lag, “Kepada Allah kita berdoa agar UMNO dipeliharaNya”. UMNO-ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.