Apa Ini LGE… Bursa Malaysia Naik Cuma 0.06% Disebut Tinggi?

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan membidas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Rejim Dap berikutan laporan media berkaitan ulasan pasaran yang mendakwa Bursa Malaysia kembali meningkat dan ditutup lebih tinggi.

Soal beliau naik cuma 0.06 peratus kepada 1536.79 disebut ditutup tinggi?

“Masa Era Barisan Nasional (BN) April 2018, indeks saham FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ketika itu ialah 1896.4. Itu baru betul ditutup tinggi.

“Kini merudum daripada 1896.4 kepada 1536.79. Penurunan 659.61 masih dikata ditutup tinggi?

Lim Guan Eng Rejim Dap apa ini?” soal beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian dalam ciapan menerusi Twitter beliau hari ini.

Menerusi laporan media, Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu dengan FBM KLCI naik 0.06 peratus atau 0.99 mata kepada 1536.79 berbanding 1535.80 sewaktu ditutup. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.