Muafakat Nasional Terus Mara, Pertimbangan Berasaskan Ummah, Bangsa, Negara – Annuar


KUALA LUMPUR, 5 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menekankan bahawa segala pertimbangan harus berasaskan kebaikan kepada ummah, bangsa dan negara.

Katanya, ia bukanlah soal mana-mana individu.

“7hb Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, 8hb Jawatankuasa Pusat PAS, 10hb Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional… insya-Allah segala pertimbangan harus berasaskan kebaikan kepada ummah, bangsa dan negara… bukan soal mana-mana individu.

“Muafakat Nasional terus mara, insya-Allah… kesatuan pemikiran atau wahdatul fiqh dua parti,” katanya menerusi ciapan di Twitternya.

September lalu UMNO dan PAS telah mengisytiharkan pembentukan Muafakat Nasional yang membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia yang majmuk.

Piagam Muafakat Nasional berkenaan telah ditandatangani oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disaksikan oleh ribuan ahli UMNO dan PAS.

Selepas pemetraian Muafakat Nasional, UMNO-PAS telah mengadakan ceramah di seluruh negara dan sekarang ini sedang berlangsung konvensyen Muafakat Nasional yang bermula di Negeri Perak Januari lalu. – UMNO-ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.