Wahai YB Mujahid! Kenapa Takut Berdialog Kalau Berada Di Pihak Yang Benar? Soal Dr. Asyraf

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membidas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang hanya berani membuat tuduhan terbuka tetapi takut untuk berdialog dengannya.

Bahkan katanya dalam satu lontaran di Facebook, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Pan) itu bersikap angkup.

“Bila saya cabar berdialog cari kebenaran, angkuh tak sama level! Hantar orang tiada kena-mengena dengan Tabung Haji (TH).

“Kamu berani buat pelbagai tuduhan, tapi tak berani apabila dicabar untuk berdialog secara terbuka,” tempelak bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu.

Dilaporkan, Dr Mujahid pernah berkata sesi dialog boleh diadakan tetapi bukan dengannya manakala Ahli Jawatankuasa Pan Nasional Muhammad Faiz Fadzil pula menawarkan diri sedia berdebat dengan Dr. Asyraf mengenai isu-isu berbangkit berkaitan TH.

Walhal katanya, pelbagai tuduhan dan persepsi jahat ditimbulkan oleh Dr. Mujahid sendiri.

“Yang menuduh pemimpin UMNO seleweng Tabung Haji – YB (Yang Berhormat) Dr. Mujahid. Yang mendakwa TH defisit RM3.1 bilion angkara pemimpin UMNO – YB Dr. Mujahid.

“Yang menuduh pengurusan lama dan pemimpin UMNO langgar akta kerana memberi Hibah terlebih kepada pendeposit – YB Dr. Mujahid.

“Yang menuduh pengurusan lama memanipulasi akaun TH – YB Dr. Mujahid. Yang menuduh Pemimpin UMNO biarkan hutang TH bertambah – YB Dr. Mujahid,” tambahnya.

Begitu juga kata Dr. Asyraf, yang menuduh pemimpin UMNO seleweng TH sehingga kerajaan terpaksa ‘bail-out’ TH sebanyak RM17.8 bilion adalah Ahli Parlimen Parit Buntar itu. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.