Guan Eng Mengulang, Kita Mengulang – Dr Puad

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Menteri Kewangan, Lim  Guan Eng terus mengulang ulang kononnya kurangkan tol 18% walaupun untuk tempoh yang lebih panjang ke tahun 2058 adalah kejayaan yang tidak ada tolok bandingnya.

Kalau begitu rakyat akan terus mengulang ulangi, bahawa yang dituntut ialah penghapusan tol bukan kurangkan tol.

Guan Eng kata rakyat jangan memandai mandai buat kiraan sendiri.

Ia berbangkit, mana lebih untung turun kadar 18% dengan tempoh tambahan 20 tahun lagi atau tiada pengurangan tol tetapi Plaza tol akan tutup pada tahun 2038 bukan 2058.

Kiraan rakyat ialah, mana lebih besar RM100X18 tahun berbanding turun 18% iaitu RM82X38 tahun.

Guan Eng jangan cakap besar. Rakyat sudah jelak matematik dia sebab titik perpulohan pun dia tidak tahu mana nak letak.

Kita ulangi lagi, walapun di zaman Najib kadar tol tidak turun, naik pasti tidak ada. Tetapi 11 plaza tol telah tutup.

Zaman Guan Eng ada? Kita ulangi lagi, bila nak tutup Plaza tol Jambatan Pulau Pinang. Dulu masa dia pembangkang, Guan Eng kata tol itu sudah lama dan patut ditutup.

Rakyat ulangi lagi, rupanya bila berkuasa bukan tutup plaza tol PLUS tetapi sambung lagi sampai 2058.

Sebab itu rakyat wajar mengulang ulang, bila mahu hapus tol. Jika tidak, rakyat akan hapuskan kamu. Sekarang pun sudah 5-0.- UMNO Online

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.