Dialog Bersama Asyraf…Apakah Alasan Mujahid Munasabah – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 2 Feb – Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris mempersoalkan apakah alasan yang dilontarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa berhubung dialog bersama Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkaitan Tabung Haji (TH) adalah satu perkara yang munasabah.

Menurut beliau bukankah Pakatan Harapan (PH) mendukung tinggi budaya debat dan berdialog secara terbuka untuk menyelesaikan masalah rakyat.

“Saya pelik dengan dengan kanda Mujahid. Bila Dong Zong yang rasis boleh pula kanda Mujahid bertemu. Tetapi bila melibatkan kepentingan umat Islam dan pendeposti Tabung Haji, kanda Mujahid menolak untuk bertemu Dr. Asyraf Wajdi, Ketua Pemuda UMNO Malaysia,” katanya menerusi catatan di facebook.

Katanya lagi secara sinis Mujahid perlu bangun daripada mimpi dan Mujahid adalah menteri yang bertanggungjawab terhadap agensi-agensi agama.
“Jika tidak mahu bertanggungjawab lebih baik letak jawatan,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.