Pengumunan Terbaru WHO : Kerajaan PH Mesti Bertindak Secara Profesional & Meyakinkan – Dr Shamsul

KUALA LUMPUR, 1 Feb – Ekoran langkah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan bahawa coronavirus adalah kecemasan di peringkat global, langkah yang lebih meyakinkan perlu dibuat termasuk menghentikan sementara kemasukan warga China ke Malaysia.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata keadaannya tentu serius dan bukan seperti biasa malah semua berhak khuatir dengan situasi begini dan tentunya pelbagai pihak di Malaysia bimbang dan mengharapkan ianya segera selesai.

“Bagi orang Islam kita mesti kembali dan berserah kepadaNya. Berikhtiar dan berdoalah agar masalah ini tidak terus mudarat dan cepat selesai. Kepada Kerajaan Pakatan Harapan kewajiban lindungi rakyat dan laksanakan langkah sebaik mungkin.

“Jabatan dan agensi kerajaan sejak zaman Kerajaan BN memang terlatih dan berkeupayaan.Namun segalanya juga bergantung pada polisi, dasar serta cara pimpinan Kerajaan PH mengendalikannya. Nampaknya banyak langkah Kerajaan PH kurang diyakini rakyat,” katanya menerusi catatan di facebook.

Beliau seterusnya menambah usahlah membuat kenyataan yang tidak masuk akal serta meremehkan pandangan rakyat.

“Rakyat menilai semua ini dan rakyat berhak bersuara jika mereka dapati apa yang kerajaan lakukan tidak meyakinkan. Kemudian lihat pelbagai negara telah dan lakukan usaha yang lebih agresif demi rakyatnya ekoran pengumuman terbaru WHO. Semua ini kerana rakyat dan rkyat mahu selamat,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.