Manifesto PH Ditulis Secara Cincai… Patutlah Tak Ada Janji Yang Tertunai

KUALA LUMPUR, 23 JAN – “Baru kita tahu, manifesto Pakatan Harapan (PH) dibuat secara cincai, sengaja nak menipu dan mempermainkan rakyat. Patutlah tidak ada satu pun janji 100 hari yang tertunai. Jangankan 20 bulan, rasanya sampai habis penggal pun tidak ada janji yang akan tertunai.”

Demikian bidas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi ekoran pendedahan A Kadir Jasin menerusi blognya yang mendakwa penulis manifesto PH yang pandai-pandai menjanjikan ‘penghapusan tol’.

“Setelah hampir dua tahun baru nak mengaku? Ini namanya sudah terhantuk baru terngadah.

“Maksudnya, ada orang secara suka-suka hati tulis manifesto PH. Dengan kata lain manifesto PH bukan dibincang dengan serius, teliti dan jujur, tetapi kenapa Kadir salahkan si penulis itu. Tun M yang patut bersalah. Sebagai bekas PM 22 tahun dia berpengalaman buat manifesto.

“Dia tahu mana yang realistik dan mana yang mengarut. Kenapa diam. Sebagai PM kali kedua dia tetap bersubahat. Dia tetap ada niat bersama untuk menipu. Lagi pun Tun M pernah mengaku, ketika manifesto itu dibincang, PH tidak sangka akan menang dan memerintah,” bidas beliau dalam kenyataan menerusi laman facebooknya.

Dr Puad yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat menekankan bahawa Kerajaan BN tidak pernah menaikkan kadar tol PLUS sejak 2005, bahkan 11 tol plaza telah ditutup.

“Menurut Kadir, setelah hampir 20 bulan berbincang dan berbahas, diputuskan PLUS kekal milik kerajaan dan tidak dijual. Kalau begitu keputusan Kerajaan BN membeli PLUS dari swasta pada tahun 2011 lebih awal tepat.

“Kerajaan PH tidak jadi jual PLUS supaya senang paksa PLUS kurangkan kadar tol sebanyak 18 peratus, tetapi bahananya, si pengguna yang sama akan membayar tol sehingga tahun 2058 yang sepatutnya tamat pada 2038.”

Hakikatnya, jelas beliau, jumlah tol yang dibayar sehingga tahun 2038 adalah lebih rendah berbanding jumlah tol yang dibayar sehingga 2058 walaupun ada pengurangan 18 peratus.

“Bijak betul Lim Guan Eng kawan baik Kadir Jasin menipu rakyat. Pakar ekonomi mana agaknya mereka rujuk. Patutlah ambil masa 20 bulan berbahas.

“Itulah gara gara manifesto yang ditulis secara cincai,” sindir beliau lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.