Keputusan Batal Laksana PSS Bukti Kejayaan Rakyat – Bung Mokhtar

KOTA KINABALU, 23 Jan – UMNO Sabah menyambut baik keputusan kerajaan negeri membatalkan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS).

Ketuanya Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata keputusan ini merupakan kejayaan rakyat Kimanis yang mewakili rakyat Sabah secara keseluruhanya agar kerajaan tidak meneruskan pelaksanaan PSS.

“Keputusan ini sesuatu yang amat mengembirakan rakyat Sabah dan ia bermula di PRK Kimanis apabila Barisan Nasional (BN) bersama rakan-rakan dari blok pembangkang badan-badan NGO menyuarakan kebimbangan rakyat Sabah tentang pelaksanaan PSS yang akan membawa pelbagai implikasi negatif kepada rakyat Sabah,” katanya sebagai mengulas keputusan kerajaan negeri membatalkan keputusan untuk meneruskan perlaksanaan PSS.

Ketua Menteri Sabah pada Rabu selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet mengumumkan pembatalan pelaksanaan PSS yang sebelum ini dirancang untuk dilaksanakan pada Jun ini.

Shafie berkata perkara itu diputuskan oleh kerajaan negeri setelah mendengar suara rakyat secara keseluruhan bukannya disebabkan kekalahan Warisan dalam PRK Kimanis.

Mengulas lanjut Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata apa pun alasannya suara rakyat bermula di PRK Kimanis dengan menolak kerajaan Warisan dan memberikan kemenangan kepada calon BN.

“Kita bukannya mempolitikkan isu ini, tapi apa yang jelas kita suarakan bantahan rakyat Sabah kepada pelaksanaan PSS. Saya ucapkan tahniah kepada pengundi-pengundi di PRK Kimanis kerana tanpa PRK itu kita tidak akan tahu apa yang berlaku,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Bung berharap kerajaan negeri akan mengambil makanisme yang terbaik menangani masalah kebanjiran PTI di Sabah dan committed untuk menghantar balik ke negara asal bagi PTI yang tidak memiliki sebarang dokumen. – DetikSabah

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.