Kenyataan Saifudin Bukti PH Tidak Stabil, Gelabah – Takiyuddin

KUALA LUMPUR, 22 Jan – PAS menganggap kenyataan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nsution Ismail bahawa PH utuh tidak perlukan PAS sebagai rakan sekutu adalah satu kenyataan yang penuh kebimbangan, menggelabah dan tertekan.

Ujar Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, kenyataan tersebut secara jelas menggambarkan bahawa kedudukan PH kini tidak stabil dan dalam keadaan berkrisis sesama komponen mereka.

“Selama ini PAS tidak pernah terfikir apatahlah memohon untuk menyertai PH sebaliknya PAS akan mengukuhkan lagi kerjasama dengna UMNO/BN melalui Muafakat Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Oleh itu kenyataan yang dikeluarkan oleh Saifuddin itu ibarat anjing yang takut dengan bayang-bayang dan ingin kami tegaskan disini bahawa ‘biarlah PH terjun dengan labu-labunya… biarkan, biarkan’,” ujar beliau menerusi satu kenyataan media.

Tambah Takiyuddin, PAS juga akan terus bersama UMNO/BN sebagai pembangkang yang konstruktif dalam dan luar Parlimen.

“PAS bersama UMNO/BN juga akan berperanan sebagai semak dan imbang terhadap kerajaan PH lebih-lebih lagi pertambahan anggota blok pembangkang dengan kemenangan BN di PRK Kimanis baru-baru ini,” ujar beliau. – UMNO ONLINE

Oleh: Azlina Rosdy

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79