Jenamakan Kementerian : Jangan Bazirkan Wang Rakyat -Asyraf

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata cadangan yang diberikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang akan membentangkan penjenamaan semula dengan memasukkan perkataan ‘koperasi’ dalam kementerian tersebut.

Katanya, pengubahan ini melibatkan kos yang tinggi dan lebih baik Redzuan memfokuskan pembangunan usahawan dari melakukan perubahan yang tidak pasti.

“Lebih baik fokus kepada agenda Kementerian dalam membangunkan usahawan berbanding melakukan perubahan kosmetik yang pastinya menelan belanja jutaan ringgit.

“Saya harap Kabinet yang bermesyuarat pagi ini menolak cadangan menukar nama Kementerian Pembangunan Usahawan sebagaimana cadangan Redzuan,’ katanya dalam kenyataan, pada hari ini.

Justeru, penukaran nama kementerian ini menyifatkan tindakan yang tidak wajar dilakukan ketika rakyat sekarang ini terhimpit dengan tekanan kos sara hidup. Ia juga melibatkan kos mencecah jutaan ringgit.

“Cuba bayangkan kos Billboard seperti dalam kes perubahan Menteri Pendidikan menelan belanja RM150,000, apatah lagi kos-kos lain berkaitan.

“Jangan bazirkan lagi duit rakyat setelah projek Kereta Terbang pun sudah nampaknya ke laut!,” tegasnya – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.