Batal PSS… Kemenangan Pengundi Kimanis Dan Rakyat Sabah – Zahida

KUALA LUMPUR, 22 Jan –  Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan menyifatkan keputusan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk membatalkan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) sebagai kemenangan bukan sahaja pengundi P176 Kimanis tetapi seluruh rakyat Sabah.

Beliau berkata keputusan pembatalan itu dibuat selepas kemenangan bergaya Barisan Nasional di PRK Kimanis..

“Ini adalah kemenangan Rakyat, bukan sahaja di P 176 malah kemenangan seluruh rakyat Sabah.

“Sebelum 18 Januari ada yang kata apa sahaja keputusan di PRK Kimanis tidak akan mengubah apa apa.. tapi sekarang anda lihat sendiri, kemenangan rakyat ini telah mengubah ‘muka’ Ketua Menteri Sabah dan Perdana Menteri..”, katanya dalam hantaran di laman blog miliknya di sini, hari ini.

Beliau seterusnya menitipkan ucapan “Tahniah Rakyat Kimanis. Kalian telah berjaya selamatkan Sabah. Radu Tatap Radu! ”

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan keputusan kerajaan negeri untuk membatalkan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS).

Shafie berkata keputusan itu dibuat selepas Warisan tewas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis yang memberi isyarat rakyat menolak pelaksanaan pas berkenaan.

“Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah memutuskan supaya PSS dibatalkan setelah melihat dan mendengar suara rakyat.

“Kerajaan negeri akan memaklumkan keputusan ini kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya dalam satu sidang media di Kota Kinabalu, hari ini. -UMNO-ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.