Bandar Malaysia: PH U-Turn, Kerajaan Paling Hipokrit – Dr Shamsul Anuar


KUALA LUMPUR, 18 Dis – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berharap rakyat Malaysia memahami pimpinan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah terdiri daripada mereka yang pembohong dan pemutarbelit.

Tegasnya, dulu cakap lain sekarang cakap lain dan semuanya kerana inginkan kuasa.

“Bandar Malaysia… entahlah terlalu banyak sangat U-turn Kerajaan PH ni. Apapun inilah kerajaan paling ‘hipokrit’ yang rakyat Malaysia miliki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, dulu mereka mengkritik Projek Bandar Malaysia, menuduh projek ini mengadaikan Malaysia kepada China dengan segala fakta diputar belit.

“Bila Barisan Nasional (BN) menerangkan bahawa projek ini sangat bernilai kepada Malaysia, mereka termasuk Tun Mahathir menuduh Najib Razak berbohong.

“Sepatutnya, kalau PH bermaruah dan berprinsip kenapa tidak membatalkan sahaja projek ini? Batalkanlah kalau Bandar Malaysia projek yang mengadai Malaysia kepada China. Kenapa diteruskan?” bidas beliau.

Dan kini katanya, segalanya bertukar kerana mereka tanpa rasa malu atau bersalah mengeluarkan kenyataan bahawa projek ini sangat baik untuk negara dan bakal membawa keuntungan besar kepada Malaysia.

“Pimpinan Kerajaan PH jangan ingat boleh memperbodohkan rakyat lagi. Saya yakin rakyat boleh menilai.

“Mesti diingat apapun Projek Bandar Malaysia adalah hasil idea Najib Razak dan ini diilhamkan oleh Kerajaan BN bukan Kerajaan PH.

“Bila sudah berkuasa, sikap menipu dan putar belit terus menjadi amalan mereka. Fitnah terus menjadi senjata mereka,” katanya lagi yang juga Ahli Parlimen Lenggong.

Dilaporkan, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam telah mengakui bahawa projek Bandar Malaysia diteruskan dalam konteks lebih besar dari segi jalinan dan hubungan dua hala dan perdagangan jangka panjang antara Malaysia dan China.

Terdahulu, sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, PH telah membuat pelbagai dakwaan terhadap Bandar Malaysia yang diilhamkan oleh BN misalnya jual negara, projek songlap, tunduk kepada China dan macam-macam lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.