Hadiah PH Kepada Melayu/Bumiputera, Dividen ASB ‘Paling Tinggi’ – Zahida


KUALA LUMPUR, 18 Dis – “Ini adalah dividen yang ‘paling tinggi’ dalam sejarah tamadun manusia,” sinis Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan.

Bidasnya, sudah pastinya kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) tahun ini ‘sangat tinggi’ berbanding tahun-tahun sebelum ini adalah hasil daripada kecekapan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dari Dap dan menteri-menteri Pakatan Harapan (PH) yang lain.

“Kita sepatutnya berterima kasih kepada PH atas hadiah kepada rakyat hari ini… Tepuklah,” katanya lagi.

Zahida melontarkan sindiran tersebut dalam satu hantaran di Facebook miliknya dengan tajuk ‘Al-Kisah Amanah Saham Bumiputera ’.

Ulasnya, selepas 18 bulan PH mengurus tadbir, hari ini pada pukul 2 petang tadi Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengumumkan dividen ASB bagi tahun kewangan 2019 pada kadar 5.50% sahaja.

“Pencarumnya adalah orang Melayu Bumiputera.

“Pada awal tahun 2018 ramai berpusu-pusu ke bank dengan wajah ceria gembira untuk keluarkan dividen ASB 2017 8.25%.

“Awal tahun 2019 ini pula pencarum dan ‘pemain’ ASB ‘loan’ masih mampu bertahan bila dividen pada kadar 7%,” tambahnya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.