Terengganu Bertuah Anjur Persidangan Pertama Pelancongan Asia – Shahidan

KUALA TERENGGANU,14 Dis – Pengerusi The International Conference of Asian Political Parties (ICAPP) Tourism Promotion And Inter- City Cooperation (TOPIC) Council, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata persidangan kali ini cukup bermakna buat Negeri Terengganu yang bakal mempromosikan ‘Tahun Melawat Terengganu’ pada tahun hadapan.

Jelas beliau ia memberi makna kerana persidangan ini adalah yang pertama diadakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu yang menjadi tuan rumah.

“Ini adalah pertama kali yang dianjurkan oleh PAS berkerjasama dengan UMNO dan kita ucapkan terima kasih kepada kerajaan Negeri Terengganu dan juga parti PAS Malaysia yang menganjurkan persidangan Pelancongan Asia.

“Terdapat 25 buah negara yang hadir pada persidangan pelancongan Asia terutamanya di Terengganu dan saya menggalakkan supaya mereka berlancong di Malaysia khususnya di Terengganu,” katanya semasa sidang media di Duyong Marina And Resort di sini, Jumaat malam.

Shahidan yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menjelaskan 25 buah negara yang terlibat dalam persidangan ini cukup bermakna buat kerajaan negeri dan ini boleh menambahkan lagi pelaburan sektor pelancongan di Terengganu.

“Terengganu adalah negeri yang mula-mula melakukan persidangan yang cukup hebat di peringkat Asia dan ini adalah sesuatu yang luar biasa dianjurkan oleh mana-mana negara,” ujarnya.

Antara tetamu kehormat yang hadir pada kali ini adalah Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Naib Pengerusi dan Special Rapporteur of the Standing Committee-ICAPP, Mushahid Hussain Sayed, Secretary General, Park Ro-Byug dan juga delegasi-delegasi luar negara.- UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.