UMNO Rakam Takziah, Suami PSU Wanita UMNO Malaysia Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Seluruh kepimpinan UMNO dan ahli merakamkan ucapan takziah kepada Penolong Setiausaha Wanita UMNO Malaysia Datuk Rosni Sohar atas kembalinya ke rahmatullah suami beliau pada pukul 10 pagi tadi.

Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Ketua Unit Ibu Pejabat Wanita UMNO Malaysia Siti Jumaah Othman, Allahyarham Aziz Deraman, 60, suami kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam itu telah kembali ke rahmatullah di Jalan Kampung Kayu Besar, Melor, Kelantan.

Dimaklumkan juga, jenazah Allahyarham yang sebelum ini menghidap penyakit kanser akan dikebumikan petang ini.

Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa dalam ciapan di Twitternya turut menyampaikan ucapan takziahnya.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.