Pelik… Jika Dana Politik Dan Amal Kenapa Tuduh Rasuah?

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tuduh Profound Radiance Sdn Bhd bayar rasuah kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebanyak RM2 juta, kononnya untuk projek-projek berkaitan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Bagaimanapun saksi pendakwaan pegawai bank Maybank Harryade Mohamad Abe hari ini membacakan di Mahkamah Tinggi, cheque butt-cheque butt pembayaran RM2 juta itu melalui pemegang amanah Yayasan Akal Budi, Lewis & Co iaitu:

1. RM 300,000 cheque no. 105749
2. RM 700,000 cheque no. 105792
3. RM 1,000,000 cheque no. 105773

Saksi tersebut membacakan gambar-gambar di bawah yang kini ditanda sebagai D20, D21, D22
1. Cheque Butt D20 – Cheque No. 105749 – di bahagian tujuan tertulis – CHARITY
2. Cheque Butt D21 – Cheque No. 105773 – di bahagian tujuan tertulis – POLITICAL FUND TO TPM
3. Cheque Butt D22 – Cheque No. 105792 – Jumlah RM – di bahagian tujuan tertulis – CHARITY

Nilaikan Sendiri, jika ianya dana politik dan untuk amal, kenapa ditakrifkan sebagai rasuah? – agendanews.my

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.