Jom Sama-sama Menyumbang, Derma Kepada UMNO – TABUNG PERJUANGAN

KUALA LUMPUR, 12 Dis – UMNO amat menggalakkan jika organisasi di peringkat Cawangan, Bahagian atau Negeri dapat mengadakan kutipan bagi disalurkan kepada tabung UMNO – TABUNG PERJUANGAN sebagai usaha mengumpul dana kewangan parti, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Serunya, ahli UMNO, penyokong dan orang ramai termasuk syarikat korporat juga amat dialu-alukan untuk membantu dengan cara menyumbangkan dana kewangan menerusi akaun yang diwujudkan itu.

“Dana kewangan ini sangat penting bagi pelbagai tujuan antaranya pentadbiran, aktiviti atau program, terutama bagi tujuan mengukuhkan parti dan menghadapi sebarang bentuk pilihan raya di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Lenggong itu juga mendoakan agar usaha yang dilakukan itu dapat membantu UMNO kembali sebagai sebuah kerajaan.

UMNO Malaysia telah mewujudkan akaun khas melalui CIMB BERHAD, Nombor akaun: 86-0325726-6 atas nama UMNO – TABUNG PERJUANGAN yang dilancarkan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.