Zuraida Gini, Gini, Gini… Anwar, Azmin Terjun Laut

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi dalam hantaran di Facebook miliknya hari ini memberi tiga implikasi berhubung video tular ucapan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin di Hotel Renaissance baru-baru ini.

Ucapan Zuraida pada majlis makan malam yang dikatakan anjuran kem Datuk Seri Azmin Ali bukan sahaja mengundang pelbagai persoalan malah memaparkan keadaan sebenar Pakatan Harapan yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Azmin Ali juga Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berikut hantaran Facebook Dr Puad.

ZURAIDA: Gini, Gini, Gini.

Berikut transkrip ucapan Zuraidah Naib Presiden PKR di Hotel Renaissance malam tadi. Videonya (atas) turut viral.

“Anwar cakap, Zuraida, betul. Video itu memang Azmin. Polis dan SB cakap itu Azmin”.

“Lepas itu Anwar kata, Mahathir suruh dia pecat Azmin”.

“Saya jawab, saya kata, kalau suruh pecat, kenapa Mahathir kata, Azmin tak payah pergi cuti. Azmin teruskan kerja”,

“Lepas itu dia jawab (Anwar). You tak tahu Mahathir. You tak kenal Mahathir. Dia gini gini “.

Apakah implikasi ucapan Zuraida itu;

Pertama, Zuraida mendedahkan Anwar telah mengumpat Tun M. Gini, gini, gini (siap dengan lenggok tangan seperti ular) bermaksud Tun umpama ular. Kaki kencing dan pembohong. Mampus Anwar.

Kedua, Anwar beritahu Zuraida, video Azmin itu adalah tulin. Polis dan SB yang mengesahkannya. Mampus Azmin.

Ketiga, rupanya PDRM sudah lama ada maklumat Azmin adalah pelakonnya. Kenapa dirahsiakan. Kenapa tidak diambil tindakan. Kenapa kata masih disiasat? Mampos KPN.

Pokoknya, Anwar dan Azmin terjun laut. Mampos. Mahathir juga yang selamat.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.