Perjalanan Politik Masih Panjang Dan Jauh – Adnan

KUALA LUMPUR 9 Dis – Timbalan Ketua UMNO Bandar Tun Razak, Adnan Seman melihat sebagai pemimpin muda akar umbi perjuangan UMNO masih panjang serta jauh dan jangan sesekali berasa selasa dan ingatlah kemenangan beberapa PRK dan kelemahan ketara kerajaan PH tidak harus menjadikan pemimpin dan ahli mula angkuh dan mendabik dada.

Menurut beliau kata-kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa kita perlu memajukan diri kita adalah satu peringatan yang terbaik dan usaha itu mestilah datang dari diri sendiri secara bersungguh-sungguh dan insha Allah kejayaan pasti menjelma.

“Sebagai seorang peguam yang terlibat di dalam politik UMNO saya sentiasa berusaha keras menjadi peguam yg terbaik dan berjaya. Hasil kekayaan usaha penat lelah siang malam di dunia guaman, ke mahkamah, ke sana ke sini bertemu klien dan bersekang mata di pejabat sehingga lewat malam menyiapkan hujahan dapat saya kongsikan dengan Parti UMNO dari aspek kewangan, kepakaran, masa dan tenaga kerana saya percaya UMNO mampu menjadi kerajaan yg baik membela nasib agama dan anak bangsa.

“Ketika UMNO berkuasa saya memilih menjadi jentera parti di barisan hadapan. Jawatan bukan tujuan tetapi sumbangan membantu pemimpin dan parti bermula di zaman pemuda bahagian dan membangunkan Unit Pidato Pemuda UMNO Malaysia sbgi komitmen yg begitu mengujakan,” ujarnya menerusi facebook, di sini, hari ini.

Tambah Adnan menjadi pemimpin ketika UMNO bukan lagi kerajaan dan berkuasa bukanlah mudah namun sebagai pemimpin harus kuat dalam usaha membantu parti.Alhamdulillah rezeki yg Allah kurniakan kepada firma guaman saya hasil penat lelah ini dapat juga dikongsi dan diberikan kepada parti dan ahli-ahlinya.

“Kita tidak kiralah pemimpin mahupun ahli-ahli adalah duta kecil parti. Kejayaan dan kemajuan kita, sahsiah peribadi kita, keluarga kita adalah contoh yg dilihat oleh masyarakat sekeliling kita. Mereka melihat kita sebagai UMNO. Berilah contoh yg baik bukan memaki hamun tidak bertempat, berpoya-poya seolah dunia tidak akan kiamat, bergaduh dan berkelahi sesama sendiri tidak berkesudahan dan merasakan hanya kita sahaja yg betul dan hebat.

“Kita banyak kelemahan dan berusahalah membaiki kelemahan kita. InshaAllah kita akan bangkit menjadi lebih kuat dan berjaya. UMNO akan lebih kuat dan menjadi pembela agama bangsa dan negara jika setiap dari kita membaiki diri memenuhi kehendak dan keinginan rakyat negara ini,” katanya- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.