Laporan Polis Terhadap Omar Faudzar, Dap Dibidas ‘Double Standard

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas Dap yang dianggap ‘double standard’ apabila membuat laporan polis terhadap perwakilan UMNO Bukit Gelugor, Omar Faudzar atas dakwaan bahawa Dap membawa masuk sejumlah pengundi hantu dari China.

Kenapa double standard sedangkan Pengerusi Dap Perak Nga Kor Ming pernah mendakwa wujud 165,000 pengundi hantu di Perak di PRU ke 14?

“Marah betul Lim Guan Eng terhadap Datuk Omar Faudzar Ketua UMNO Bukit Gelugor,” katanya dalam kenyataan berkaitan isu tersebut.

Jelasnya, Guan Eng mengarah Dap buat laporan polis terhadap Omar kerana membangkitkan isu pengundi hantu dari China ekoran laporan Audit Negara 2018, kerana 76,258 daripada 79,799 pelancong China masih tidak keluar.

“Kebimbangan Omar semasa berucap di Perhimpunan Agung UMNO 2019 ada asasnya. 20 orang telah ditahan kerana menjual kerakyatan kepada warga China. Mereka inilah yang menjadi pengundi hantu.

“Bahkan Pembangkang semasa PRU ke 13 pernah menuduh 43,000 pengundi hantu dibawa masuk dari Bangladesh. Mereka tubuh BERSIH sampai merusuh di jalan, tetapi hingga kini, setelah menjadi kerajaan, PH tidak pernah dapat membuktikannya.

“Maka kenapa Dap perlu melatah, jika Omar mempersoalkan sikap berdiam diri Dap dalam isu pelancong China yang menghilang, dapat kewarnegaraan dan jadi pengundi hantu?” bidas beliau lagi yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.